Thursday, March 1, 2012

Sebuah Kehidupan

Assalam'mualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana memberi kita peluang untuk bernafas lagi.
Sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Sebuah kehidupan yang penuh dengan kesabaran. Sebuah kehidupan adalah sebuah perjalanan kita diakhirat kelak. Sebuah rintihan daripada kita semua.


Wahai umat Muhammad SAW, pernahkah kita semua berfikir, bagaimana kita nanti diakhirat kelak? Adakah Kita akan memasuki syurga ataupun sebaliknya neraka? Adakah kita yakin dengan amalan yang telah kita kerjakan? Adakah ikhlas daripada dirimu sendiri atau paksaan? Pernahkah kita semua renungkan betapa banyaknya dosa2 kita semua kepada Allah SWT? Adakah kita sentiasa ingat dan bersyukur kepda Allah S.W.T? Pernahkah kamu bersangka baik kepada Allah S.W.T?

Allah S.W.T tidak kejam, malah Maha Penyayang. Allah S.W.T sayang kepada kita semua. Allah S.W.T tidak kedekut malah Maha Pemurah. Nescaya jikalau kamu meminta akan diberi oleh-Nya.
Adakah amanah dan tanggungjawab yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua telah jamin dijaga dan dilaksana? Fikirkanlah, nescaya kita lupa tentang itu. Selama ini, kita berfoya-foya dengan kehidupan di dunia yang sementara dan hanyalah mainan semata-mata. Mahukan kemewahan didunia, rumah yang besar, isteri yang cantik, pakai kereta yang paling mahal didunia, dan sebagainya, tetapi kita miskin diakhirat. Adakah itu yang kamu mahukan? Tidakah kamu sedar tentang itu??

Wahai umat Muhammad SAW, Adakah kamu ingat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Adakah kamu semua mengikuti sunnah dan Al-Quran yang ditinggalkan oleh baginda? Adakah kamu sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan Allah S.W.T dan para malaikat berselawat keatas baginda. Pernahkah kamu mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW apabila untuk meluaskan ajaran islam kepada kita semua?? Ketika itu, baginda dihina, dipukul, dibaling najis, dikutuk dan sebagainya demi untuk menyampaikan agama ISLAM sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai. Tanyalah diri kita sendiri, betapa banyaknya kita leka dan kita lupa..
Bagaimana pula dengan kedua ibubapamu? Adakah kamu menghormati dan mematuhi arahan mereka selagi mereka tidak menyekutukan Allah S.W.T ?

Bagaimana kamu menjaga kedua ibubapamu? Adakah kamu telah menjamin membawa dan membimbing meraka ke syurga? Jikalau tidak, pasti ia akan berlaku membawa mereka ke syurga firdaus dimana tempat untuk orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Betapa banyak jasamu kepada Kedua ibubapamu? Dan betapa banyaknya pengorbanan kedua ibu bapamu yang selama ini kamu derharka?? hitungkan betapa banyak pengorbanan kedua ibubapamu keatas diri kamu. Renungkanlah.. Mereka sanggup mengorbankan diri mereka sendiri tanpa menggeluh dan mengadu kepada kita semua.. Apakah pengorbanan dan jasamu kepada kedua ibubapa kamu? Renungkanlah wahai umat Muhammad SAW. Jikalau belum, pastikan kamu berjasa kepada kedua ibubapamu selagi mereka bernafas dan sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir dimana mereka akan kembali ke sisi Allah S.W.T..

Wahai umat Muhammad SAW, Masih belum terlambat untuk kita berubah, pintu-pintu taubat  masih terbentang dan terbuka luas untuk kita semua bertaubat. Selagi kiamat tidak berlaku. Marilah kita bersama-sama menegakkan agama islam, menyucikan agama islam, memperjuangkan agama islam, dan beramal dengan ajaran agama islam dengan mengikuti sunnah dan Al-Quran yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah, kita akan menjadi umat yang terunggul dan umat yang berjaya didunia dan diakhirat kelak.. dimana akhirat kelak adalah kehidupan yang abadi buat selama-lamanya..

Akhir ayat, yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang kekurangan itu datang daripada diri saya sendiri, mohon maaf jika informasi ini tidak sebaiknya. Saya hanyalah insan biasa yang melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya manusia tidak sempurna. Sesungguhnya  Allah SWT yang menentukan apa yang kita merancang. Semoga kita semua akan sedar daripada kelalaian dan kelekaan kita didunia ini serta melakukan perubahan kearah kebaikan didunia dan diakhirat. InsyaAllah, Amin..

Sharing is Caring...

- Artikel iluvislam.com-

Sunday, February 19, 2012

Jadilah Rakan Yang Terbaik!!


Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
npa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.

Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.

Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."

Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.

Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.

Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.

Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.

Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.

Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

Sharing is Caring

-Artikel iluvislam.com-

Tuesday, October 4, 2011

Sekilas Menghayati Kehidupan

Aku bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Aku juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi aku juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas aku melihat, manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.

Ujian Allah ada bermacam bentuk, ada yang diuji dengan kekayaan dan sememangnya manusia mana yang tidak berasa suka dan gembira dengan nikmat kemewahan yang diberikan. Sayang sekali ada yang bongkak, angkuh dan membangga diri dengan kemewahan/nikmat yang Allah telah anugerahkan. Namun tidak semua, andai manusia tahu erti bersyukur, pasti kemewahan itu diuruskan dengan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Itu juga adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.

Sesungguhnya, setiap yang beriman akan diuji oleh Allah dengan ujian yang tidak pernah diduga. Paling perit apabila, manusia itu diuji dengan musibah/bencana yang sangat berat untuk diterima dan ditempuh. Semestinya saat diuji, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pada waktu itulah, kita memerlukan sokongan keluarga, saudara dan sahabat handai yang paling akrab untuk memberikan sokongan.

Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan menangis apabila merasakan ujian Allah itu tidak tertanggung. Ingin sahaja hati ini ingin memberontak. Tetapi ingatlah kembali, sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah. Pada suatu ketika, kita akan berada di atas, di mana kita tidak tahu bersyukur dan tidak berfikir dari mana datangnya kesenangan itu, pastinya kita berada dalam kerugian kerana melupakan Allah yang pemberi segala nikmat.
Pada suatu ketika, kita manusia akan berada di bawah, saat Allah menarik kembali kesenangan yang diperolehi maka pada saat itu, kita manusia akan menadah tangan kepada Allah dan bertanya mengapa ujian berupa derita diberikan kepada kita dan pada saat itulah baru kita ketahui wujudnya Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dalam menentukan segalanya.

Ketahuilah, setiap yang terjadi mempunyai sebab dan semestinya perkara yang telah terjadi akan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya manusia tidak tahu apa yang terbaik disediakan untuk manusia yang lain. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Kerap kali kita akan mengeluh memikirkan takdir yang menimpa diri, kesedihan akan mula menguasai diri, kemalasan menguasai diri dan berasa malas untuk bangun meneruskan kehidupan, sehinggakan terkadang melupakan tanggungjawab ibadah solat terhadap Allah s.w.t.
Percayalah, Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita pernah merasai kesusahan, kesedihan, di mana kita sendiri merasa sukar untuk diri kita sembuh setelah berlakunya bermacam perkara yang melunturkan semangat kita. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, sebagai pesanan untuk diri sendiri juga, semestinya kita perlu berfikir, mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa? Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak  kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.
Allah mahu kita berfikir. Kita sendiri tahu, setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa yang akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan ada masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepada-Nya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Dalam apa-apa keadaan pun, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan kita yang mutlak. Tanpa izin-Nya tidak akan terjadi apa yang kita mahukan. Hiduplah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Moga hati kita menjadi tenang dalam menempuh segala jenis ujian yang diturunkan oleh-Nya.

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat yang berpanjangan dari-Nya. Sesungguhnya manusia itu tidak lekang dari melakukan kesalahan, maka selaku sudara sesama Islam, berpesan-pesanlah kita sesama umat manusia. Jika ada hati yang merintih, mengadulah kepada-Nya dan kita di dunia laksanakanlah amanah sesama umat, bantu selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat kebaikan demi mendapat keredhaan Allah.

Segala keburukan datangnya dari diri ini, tiada niat untuk berbangga diri. Tiada niat menunjuk hanya sekadar berkata-kata, kerana aku juga manusia biasa yang belajar dari kehidupan di bawah naungan Pencipta. Semoga beroleh manfaat dan maafkanlah andai tersilap kata dan menyinggung rasa kerana kebaikan dan kesempurnaan mutlak itu datangnya dari Allah s.w.t. Marilah bersama-sama menghayati erti kehidupan dan fikirlah betapa Allah itu sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-Nya sama ada semasa susah dan senang. Wallahua'alam.

Bacaala saat anda runsing.....itsmehyilham

Artikel I Luv Islam.....

Sunday, September 4, 2011

Keberkahan Hidup Yang Dicari...

Saat melangkau minit, minit menjangkau jam, jam menghampiri hari, hari meninggalkan minggu, minggu menghampiri bulan dan bulan mencapai tahun, tapi diri ini tetap seperti yang dulu, sentiasa termangu dengan kisah kisah harian yang semakin hari semakin hampir untuk melaksanakan riwayatnya satu persatu. Deretan kisah kisah lalu yang telah pun ter"titik" noktahnya kembali dengan aura baru yang lebih bersinar tampak mampu memberi impak yang lebih besar. Diri tidak mampu menghalang nostalgia lama kembali menghantui dikala diri dipersingahan hidup baru. 

Hari hari baru dilalui dengan setiap nafas yang dihembus. Sedetik di persingahan hari baru, setiap apa yang dilalui, kadangkala memori yang berada jauh disudut nostalgia silam mampu menghidupkan kembali igauan yang seringkali mencacatkan perjalanan harapan baru. Setiap yang bernafas pasti menginginkan hari hari yang dilalui mampu diisi dengan sinar sinar keberkahan yang akan menjadi bekalan dalam menyinari jalan kehidupan kelak. Hidup boleh dirancang tapi takdir tetap penentunya, setiap yang akan terjadi sudah tertulis dan tiada siapa yang menyedari mahupun mampu
mengubahnya.

Sebagai mana diri cuma manusia biasa,yang masih berjalan dengan hanya disinari cahaya yang kadangkalanya malap takala diri sangat sangat mengimpikan sinar cahaya terang  untuk menyinari jalan ke arah yang lebih menyakinkan. Begitu banyak sekali jalan yang dilalui,dan belum ada satupun yang begitu lurus dan mampu menyemarakan diri lebih yakin untuk terus berada di jalan yang lurus itu.

Perjalanan harus diteruskan, daya itu ada tapi dalih juga turut mengekori.

Apakah masih ada hari esok untuk diri ini.



وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء مُّبَارَكًا فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَّهَا طَلْعٌ نَّضِيدٌ {10} رِزْقًا لِّلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ
“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkahi (banyak membawa kemanfaatan), lalu Kami tumbuhkan dengan air itu taman-taman dan biji-biji tanaman yang diketam. Dan pohon kurma yang tingi-tinggi yang memiliki mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Demikianlah terjadinya kebangkitan.” (Qs. Qaaf: 9-11).
Bila keberkahan telah menyertai hujan yang turun dari langit, tanah gersang, kering keronta menjadi subur makmur, kemudian muncullah taman-taman indah, buah-buahan dan biji-bijian yang melimpah ruah. Sehingga negeri yang dikaruniai Allah dengan hujan yang berkah, menjadi negeri gemah ripah loh jinawi (kata orang jawa).


Nukilan Ikhlas dari
Ilham
itsmehyilham....

Tuesday, July 26, 2011

Alasan untuk Berdosa

"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"
"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"
"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.
Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.
Inilah alasan-alasan kita.

Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah
Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.
Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" -Surah Al-Mulk ayat 2.
Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?
Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.
Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?
Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.
Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"
Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.
Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"
Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.
Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.
Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?
Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.
Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.
Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.
Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki
Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?
Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.

Perhatikan diri kita.
Yang bersalah hakikatnya adalah kita.
Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?
Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.
Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

Disunting Oleh Itsmehyilham....


Artikel Hilal Asyraf

Hilal Asyraf adalah nama pena bagi Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak.
Beliau merupakan salah seorang penulis muda yang telah menulis 8 buah buku dan novel seperti Remaja Mulia dan Terasing. Kini masih menuntut di University of Yarmouk, Irbid, Jordan dalam jurusan Usuluddin....

Sunday, April 3, 2011

Laskar Kehidupan!!!!!!

April 3 2011 (4.48am)

Wahai Manusia

Belajar menghargai apa yang orang pernah beri kepada kita walau sekadar senyuman dan ucapan salam......
Belajar berterima kasih walau malu menuturkannya, ucap la terima kasih sedalam dalamnya walau hanya dalam hati......
Jangan pernah mengharap balasan dengan apa yang pernah kita beri, walau sekadar terlintas niat dihati, itu sudah cukup menodai keikhlasan yang lahir dalam diri kita sendiri...

Jangan pernah terpadang dengan perasaan iri terhadap kejayaan, nasib orang yang lebih baik ata
u pun kemewahan orang lain, setiap manusia mempunyai batas yang memang sudah direncanakan olehNya tanpa perlu kita pertikaikannya. Tiada yang bisa menolak takdir selain dari Doa yang tulus dan ikhlas kepadaNya....

Moga dengan doa dan rasa syukur yang kita panjatkan kepada hadrat Illahi akan sentiasa memimpin kita kembali ke jalan yang diredohinya. Insyallah.....

Perjalanan hidup bukan la persingahan yang bersifat sementara tapi perlu dilalui dengan nafas yang ada sejak kita lahir lagi dalam menjalani hukum hukum duniawi yang merencanakan sinar sinar kehidupan kita wahai umat sejagat!!!!!!!!

Perjalanan setiap manusia berbeza dari segi warna norma norma kehidupan tetapi pucuk pangkalnya tetap sama, mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang manusia.Apa kita bakal sempurna dari segi sifat dan amalan, apa kita hanya sempurna dari segi akal dan fikiran tapi tidak pada asas rohani dan jati diri.Apa kita hanya sempurna dalam aktiviti yang kita sempurnakan sepanjang separuh hayat kita, Apa kita hanya sempurna dari segi banyaknya harta duniawi yang kita perolehi. Apa kita hanya sempurna dalam mengerjakan yang wajib dan menolak yang haram.....

Masih banyak yang perlu kita lintaskan dalam segenap pemikiran kita selagi hayat dikandung badan, setiap manusia mempunyai batas, tapi kita dikurniakan akal dan fikiran dalam merentas kehidupan kita, tetapi tidak semua manusia mencapai tahap kematangan,tahap pemikiran yang sempurna,tahap dimana kita mampu menerima kesemua keterbatasan, kesemua kekurangan dan kesemua cabaran cabaran yang bakal atau sedang kita hadapi.....

Mungkin kita mampu bersabar dengan setiap dugaan yang kita terima, setiap kekurangan yang kita terima, tapi kita tidak mampu menolak takdir sekiranya kita tidak lagi terdaya menahan setiap apa yang kita lalui, dan jangan sampai kita mengambil jalan pintas dengan menghukum diri sendiri dengan menhalalkan yang haram.......

Terkadang kita lupa, walau kita ikhlas bersabar dalam apa jua kesusahan yang kita lalui, ikhlas dengan segala cabaran yang kita lalui tetapi sedetik kita lupa dalam amalan yang mungkin tanpa kita sedari kita lupa mengamalkannya contoh mengucapkan terima kasih atau bersyukur kepadaNYa walau hanya dengan niat atau ucapan.

Percaya la tidak ada satu pun cabaran atau dugaan itu datang tanpa ada hikmah disebaliknya, hikmah yang kita perolehi mungkin sebelum dan mungkin juga selepas tergantung kepada bagaimana kita menyedarinya......

Dalam kita melalui hari hari mendatang, terapkan la satu sifat dalam diri kita dengan beramal walau sekecil mana tapi dengan niat yang ikhlas, tanamkan niat dihati bahawa setiap pemberian amal yang kita beri wajib ikhlas walau saatnya belum tiba.

Jangan pernah mempersoalkan sekecil mana, sebesar mana amal yang kita beri tapi hitung dulu sekerap mana amal yang kita mampu laksanakan.Jangan sampai jiwa kita hitam kerana walau hanya ukiran senyuman yang kita balas, ucapan terima kasih yang kita ucap, salam yang kita balas, itu sudah tercatit sebagai amal. Tangisi dulu kekurangan amal yang kita sedekahkan daripada menangisi,mengeluh resah menunggu amal yang orang sedekahkan kepada kita....

Belajar jujur dengan diri sendiri terlebih dahulu, pahatkan satu sifat jujur dalam diri kita sendiri dan percaya la, hanya orang yang jujur dengan dirinya sendiri sahaja tahu dan mampu melaksanakan amalan yang jujur kepada orang lain....
Berpijak di bumi yang nyata walau dimana kita berada....Jangan pernah menyseali dari mana asal usul kita, kita diciptakan melalui rencana yang diilhamkanNYA, tapi kita diiberi peluang untuk mengilhamkan dan merencanakan yang terbaik buat diri kita........Insyallah


itsmehyilham

Monday, February 14, 2011

Riak Perosak Amal....

Allah tidak mengukur amalan hambanya berdasarkan kuantitinya tetapi  berdasarkan kualitinya. Allah tidak menerima ibadat daripada seseorang  yang beribadat bukan keranaNya, sebaliknya ibadat yang dilakukan adalah  untuk mengaburi mata masyarakat yang memandang.

"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka  menjadikan kamu  kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan  perkataan mereka.  Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka  mengira bahawa  tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.  Mereka itulah  musuh (yang sebenarnya) maka berwaspadalah terhadap  mereka; semoga Allah  membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai  dipalingkan (dari  kebenaran)?" - \[Surah al-Munafiqun:4]

Berdasarkan ayat di atas, Allah menerangkan salah satu ciri  orang-orang  munafik. Mereka merupakan seorang yang hebat pada pandangan  manusia tetapi tidak pada pandangan Allah. Mereka beribadat dan beramal  soleh bukanlah untuk mendapat keredhaan Allah tetapi demi kepentingan  sendiri.

Allah telah merakam perbuatan mereka dengan menurunkan surah  al-Munafiqun  kepada Rasulullah saw. supaya Baginda dan para sahabat  berjaga-jaga  dengan mereka dan menjauhi sikap mereka.

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said dari  Muhammad  bin Ibrahim bin Al Harits At Taimi dari Abu Salamah bin  Abdurrahman  dari Abu Sa'id dia berkata;

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Akan  keluar dari kalian suatu kaum, yang  solat kalian tidak ada apa-apanya  dibanding solat mereka. Juga puasa  kalian dibanding puasa mereka.  Amalan kalian dibanding amalan mereka.  Mereka membaca Qur'an, namun  bacaannya tidak melampaui kerongkongan  mereka. Mereka keluar dari agama  ini sebagaimana anak panah yang melesat  dari busurnya. Kamu melihat ke  hujung anak panahnya namun kamu tidak  melihatnya. Kamu melihat ke  busurnya namun kamu tidak melihatnya. Kamu  lihat ke pangkal anak panah  dan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu saling  mendustakan dalam pangkal  anak panah." Telah menceritakan kepadaku  dari Malik telah sampai  kepadanya, bahawa Abdullah bin 'Umar tetap  mempelajari surat al-Baqarah  selama lapan tahun." - \[Riwayat Malik:428]

Rasulullah saw. telah memberi peringatan kepada kita akan ada kaum  yang kita  tidak dapat tandingi solat mereka, puasa mereka dan amalan  mereka.  Tetapi segala amalan mereka itu hanyalah sia-sia, langsung  tidak diterima oleh Allah.

Inilah ciri-ciri orang yang riak dalam melakukan  amal soleh. Mereka  menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling kuat  amalannya, paling  ikhlas dan paling tawadduk.

Sedangkan Allah Maha  Mengetahui akan niat sebenar mereka yang  berpura-pura ingin mendapatkan  perhatian dan pujian manusia  semata-mata.

Riak bukanlah hanya pada orang yang beramal soleh, tetapi setiap daripada kita boleh memiliki perasaan riak tanpa kita sedari.

Contohnya bagi orang yang berilmu, mereka menunjukkan  kepandaian  mereka dan mencari ilmu hanya untuk diperlihatkan kepada  orang ramai  betapa pandainya dia dan betapa tingginya ilmu di dada.

Lantaran jika  terdapat orang yang berbeza pandangan dengan mereka,  mereka akan  cepat-cepat membalas dengan hujah yang sangat ilmiah dengan  niat supaya  orang akan mengagumi kehebatan mereka.

Walau bagaimanapun, sukar untuk  kita ketahui niat mereka. Hanya  Allah sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati mereka. Kita  perlu berbaik sangka terhadap mereka kerana jika  kita berburuk sangka,  syaitan akan menyelinap dan menghasut kita dengan  hasutan yang jelek  lagi jijik.

Seperti sabda Rasulullah saw.;

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah  dari Malik dari Abu  Az Zinad dari al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa  Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab   buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - \[Riwayat Abu  Daud:4271]

Begitulah, kita seeloknya diamkan sahaja dan berilah nasihat yang   memadai andaikata terdapat ciri-ciri jelas orang yang riak pada kenalan   kita mahupun sesiapa sahaja.

Mencari-cari kesalahan itu ditegah oleh  Rasulullah saw. kerana  syaitan selalu mengambil kesempatan atas peluang itu.  Namun, hendaklah  kita jauhi sifat riak ini kerana riak merupakan salah  satu daripada  pecahan syirik.

Sebagaimana sabda nabi Muhammad saw,  maksudnya;

Dari Mahmud bin Lubaid dia berkata: Telah keluar  Rasulullah  saw. sambil berkata, "Wahai sekalian manusia, jauhilah  olehmu perbuatan  syirik yang tersembunyi." Para sahabat bertanya, "Ya  Rasulullah, apakah  syirik yang tersembunyi itu?" Baginda menjawab,  "Iaitu seseorang berdiri  menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solatnya dengan  bersungguh-sungguh kerana manusia  melihatnya. Itulah syirik yang  tersembunyi." - \[Sahih Targhib wa Tarhib 1/17]

Seperti dalam hadis yang disertakan, perbuatan  menunjuk-nunjuk solat  kita kepada orang lain adalah perbuatan riak.  Selain perbuatan amal  soleh, perbuatan lain juga terdapat riak di  dalamnya jika kita tidak  ikhlas melakukannya demi Allah sepertimana  hadis ini;

Dari Abu Musa al-Asyari dia berkata: "Telah datang  seorang  lelaki kepada Rasulullah saw. lalu bertanya, "Seorang berperang  kerana marah,  seorang berperang kerana keberanian dan seorang lagi  berperang kerana  riak. Manakah antara mereka yang berada di jalan  Allah?" Rasulullah  menjawab, "Barangsiapa yang berperang agar  kalimatullah menjadi tinggi  maka dia berada di jalan Allah." - \[Riwayat Bukhari dan Muslim,  Tirmizi:1646, Ibn Majah:2783]

Jihad pada Allah juga dikhuatiri riak jika niat kita bukan untuk memperjuang agama Allah, dan tidak ikhlas keranaNya.

Bagi yang niat kerana selain daripada Allah  adalah amat rugi sekali  amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan. Ini  kerana mereka hanyalah  mendapat pujian dan sanjungan manusia sementara  sahaja di dunia ini  tetapi di akhirat kelak tidak menjamin kedudukan mereka  bahkan mungkin  akan dicampakkan ke neraka. Wallahualam.

Elakkanlah  perasaan bangga diri dan seumpanya. Ikhlaskanlah diri  untuk Allah  semata-mata. Bimbang kita termasuk dalam golongan yang  dibicarakan oleh hadis tersebut.

"Kesombongan  adalah selendangKu dan kebesaran  (keagungan) adalah sarungKu. Maka  barangsiapa melepaskan dariKu satu  dari dua tersebut, nescaya akan aku  lemparkan ke neraka Jahanam." - \[Riwayat Abu Daud:4090, Ibn Majah:4174]

Bagi para penuntut ilmu pula tuntutlah ilmu dengan niat kerana Allah.   Bukan niat kerana untuk menambah koleksi sijil lantas menampalnya  di  rumah, di pejabat dan tempat lain untuk menunjuk kepada orang lain   bahawa dialah yang hebat.

Namun, jika ingin mendapatkan sijil supaya  menyenangkan proses  mencari pekerjaan yang halal demi hidup di atas  jalan Allah, itu adalah  diharuskan.

Sabda Rasulullah saw.;

"Barangsiapa  belajar satu ilmu yang seharusnya  hanya mencari redha Allah semata,  tetapi dia tidak belajar melainkan  untuk mendapatkan keduniaan, maka dia  tidak akan mendapatkan walaupun  bau syurga di akhirat nanti." - \[Riwayat Abu  Daud:3664, Ibn Majah:252, Ahmad II/338]

"Janganlah engkau belajar satu ilmu untuk  bermegah-megah di  hadapan para ulama, mempermainkan orang bodoh serta  untuk menguasai  majlis. Maka barangsiapa berbuat demikian maka apilah  (nerakalah) berhak  baginya." - \[Riwayat Ibn Majah:254, Ibn Hibban:90, Hakim I/86]

Wallahualam.