Thursday, March 1, 2012

Sebuah Kehidupan

Assalam'mualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana memberi kita peluang untuk bernafas lagi.
Sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Sebuah kehidupan yang penuh dengan kesabaran. Sebuah kehidupan adalah sebuah perjalanan kita diakhirat kelak. Sebuah rintihan daripada kita semua.


Wahai umat Muhammad SAW, pernahkah kita semua berfikir, bagaimana kita nanti diakhirat kelak? Adakah Kita akan memasuki syurga ataupun sebaliknya neraka? Adakah kita yakin dengan amalan yang telah kita kerjakan? Adakah ikhlas daripada dirimu sendiri atau paksaan? Pernahkah kita semua renungkan betapa banyaknya dosa2 kita semua kepada Allah SWT? Adakah kita sentiasa ingat dan bersyukur kepda Allah S.W.T? Pernahkah kamu bersangka baik kepada Allah S.W.T?

Allah S.W.T tidak kejam, malah Maha Penyayang. Allah S.W.T sayang kepada kita semua. Allah S.W.T tidak kedekut malah Maha Pemurah. Nescaya jikalau kamu meminta akan diberi oleh-Nya.
Adakah amanah dan tanggungjawab yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua telah jamin dijaga dan dilaksana? Fikirkanlah, nescaya kita lupa tentang itu. Selama ini, kita berfoya-foya dengan kehidupan di dunia yang sementara dan hanyalah mainan semata-mata. Mahukan kemewahan didunia, rumah yang besar, isteri yang cantik, pakai kereta yang paling mahal didunia, dan sebagainya, tetapi kita miskin diakhirat. Adakah itu yang kamu mahukan? Tidakah kamu sedar tentang itu??

Wahai umat Muhammad SAW, Adakah kamu ingat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Adakah kamu semua mengikuti sunnah dan Al-Quran yang ditinggalkan oleh baginda? Adakah kamu sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan Allah S.W.T dan para malaikat berselawat keatas baginda. Pernahkah kamu mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW apabila untuk meluaskan ajaran islam kepada kita semua?? Ketika itu, baginda dihina, dipukul, dibaling najis, dikutuk dan sebagainya demi untuk menyampaikan agama ISLAM sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai. Tanyalah diri kita sendiri, betapa banyaknya kita leka dan kita lupa..
Bagaimana pula dengan kedua ibubapamu? Adakah kamu menghormati dan mematuhi arahan mereka selagi mereka tidak menyekutukan Allah S.W.T ?

Bagaimana kamu menjaga kedua ibubapamu? Adakah kamu telah menjamin membawa dan membimbing meraka ke syurga? Jikalau tidak, pasti ia akan berlaku membawa mereka ke syurga firdaus dimana tempat untuk orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Betapa banyak jasamu kepada Kedua ibubapamu? Dan betapa banyaknya pengorbanan kedua ibu bapamu yang selama ini kamu derharka?? hitungkan betapa banyak pengorbanan kedua ibubapamu keatas diri kamu. Renungkanlah.. Mereka sanggup mengorbankan diri mereka sendiri tanpa menggeluh dan mengadu kepada kita semua.. Apakah pengorbanan dan jasamu kepada kedua ibubapa kamu? Renungkanlah wahai umat Muhammad SAW. Jikalau belum, pastikan kamu berjasa kepada kedua ibubapamu selagi mereka bernafas dan sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir dimana mereka akan kembali ke sisi Allah S.W.T..

Wahai umat Muhammad SAW, Masih belum terlambat untuk kita berubah, pintu-pintu taubat  masih terbentang dan terbuka luas untuk kita semua bertaubat. Selagi kiamat tidak berlaku. Marilah kita bersama-sama menegakkan agama islam, menyucikan agama islam, memperjuangkan agama islam, dan beramal dengan ajaran agama islam dengan mengikuti sunnah dan Al-Quran yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah, kita akan menjadi umat yang terunggul dan umat yang berjaya didunia dan diakhirat kelak.. dimana akhirat kelak adalah kehidupan yang abadi buat selama-lamanya..

Akhir ayat, yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang kekurangan itu datang daripada diri saya sendiri, mohon maaf jika informasi ini tidak sebaiknya. Saya hanyalah insan biasa yang melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya manusia tidak sempurna. Sesungguhnya  Allah SWT yang menentukan apa yang kita merancang. Semoga kita semua akan sedar daripada kelalaian dan kelekaan kita didunia ini serta melakukan perubahan kearah kebaikan didunia dan diakhirat. InsyaAllah, Amin..

Sharing is Caring...

- Artikel iluvislam.com-

Sunday, February 19, 2012

Jadilah Rakan Yang Terbaik!!


Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
npa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.

Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.

Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."

Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.

Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.

Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.

Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.

Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.

Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

Sharing is Caring

-Artikel iluvislam.com-